Monday, June 7, 2010

SenYUmKu

pandangan senyumku ini
takkan difahami pembenci
takkan mampu diteka pencela
jauh sekali dierti pencari kesalahan diri ini

pandangan senyumku ini
sedikit sahaja dpat memahami
amat kurang yang menghargai
kerana berapa ramai sahaja yang mendalami

pandangan senyumku ini
pendamai diriku ini
penyembunyi dukaku ini
penghilang nestapaku ini
membuatkan aku terus berdiri
walau luka beribu di hati

yang tidak mengerti tidak kupinta perhatiannya
yang memahami tidak kupanggil pengorbanannya

biar aku dengan senyumanku ini
bahagia walau sendiri di hujung dunia.

No comments: